Friday, November 30, 2012

Kisah 3 Hari 3 Malam..

assalamualaikum..

haih...oleh sebab skrg ni teman tgh bosan tahap boleh jadi gila punye..baik update blog kan?
hehe..ni teman nak flashback balik hari perkahwinan abg teman yg berlansung ari jumaat, sabtu dan ahad 2 minggu lepas..mcm2 cite dan peristiwa yg berlaku...

Yang kawen ni abg aku no.2, aku panggei die Angah..mcm ni cite die...abg aku nikah malam hari jumaat tu..kitorg ramai2 konvoi 6 ke 7 kereta ke rumah pengantin perempuan. Ayah aku punya keta kt depan skali. Tok kadhi yg nak nikahkan angah tu naik satu keta ngan ayah aku. Kitorg yg lain ikut dari blkg. Jalan..jalan..jalan sampai la kt flyover kat Medan Gopeng kitorg mcm dah terpisah..yg tggal dalam konvoi tu cuma 3 keta je..yg lain xtau p mana..dah dekat nak smpai area umah pengantin perempuan, abg aku yg sulung call bgtau yg rupa2nya keta Mak Ngah aku tayar die pancit. So, kitorg tgu la diorg dekat satu simpang berhampiran dgn rumah pengantin perempuan. dah cukup sume org, baru kitorg masuk umah pengantin perempuan.

Sampai sahaja di rumah pengantin perempuan, majlis akad nikah pon dimulakan.Tepat jam 10.15 mlm angah selamat dinikahkan oleh ayah mertua die..dah jd suami org dah...pasni aku xleh nak ngade2 sangat ngan die dah. kang bini die jeles plak..hahahhahaha.. =p Lepas akad nikah tu, ustaz tu tanya tarikh dalam bulan islam..dan ade lagi la beberapa soalan..Habis selesai sume kitorg pon tukar2 hantaran dan bergerak pulang..smpai kt satu traffic light, (keta yg aku naik bersebelahan ngan keta ayh aku) ayah aku turunkan tingkap dan tanya kitorg "mane pegi hantaran? kenapa xriba??". kitorg cakap la yg kitorg letak dalam bonet kereta. Masa tu adik aku sorg je yg riba kek, kakak aku dan aku rilex je sbb sume barang dah letak dlm bonet. Lepas tu ayah aku tunjuk sebelah die.. ---->Tok Kadhi yg jd jurunikah td, die...... tgh riba hantaran!!!! hahahahhahahahhahahahhahahahahhaha...kitorg sume ape lg, kalau keta tu besar padang bola, rasa2nya kitorg dah gelak sambil golek2 masuk dalam gol! haha..mane penah tok kadhi riba hantaran! =D Mane taknye, masa nak balik tu, mak2 sedara aku sume sumbat hantaran yang deme kena pegang dalam keta ayah aku. So, ustaz tu pon xterkecuali...hahahhahahahha.. =D

Keesokannya pulak majlis resepsi diadakan oleh pihak sebelah perempuan di Kelab Golf Diraja Perak. Belah kitorg sume pkai pakaian bertemakan pink-purple. aku suke warna dan konsep dewan tu..cantik! mcm dalam taman. Masa acara merenjis berlansung, ucapan daripada mak, ayah, mak sedara n ayah sedara dibacakan untuk pengantin. siap berpantun bagai. antara yg aku ingt ni kot "sani & auni, adat berumah tangga mestilah sentiasa berkongsi susah dan senang..kalau sedikit secubit seorang, kalau banyak sesenduk seorang." haha..senduk pon boleh....kalo xsilap ada jugak diorg baca ucapan daripada ayh aku, tapi ayah aku xnak ngaku. Yang lawaknya kan, masa nak merenjis tu mak aku cakap, air mawar ngan bunga rampai xde pon dalam bekas die..so, deme terpaksa la berlakon merenjis..so, kepada sape2 yg amek khidmat wedding palnner, make sure segala persiapan tu lengkap.

Selesai majlis resepsi, kitorg pulang ke rumah untuk bersiap2 bagi majlis di pihak lelaki keesokan harinya. Ade sebahagian dari saudara-mara aku yg xikut balik sbb diorg nk pegi jln2 beli hadiah dan ade jugak yg baru nak cari baju berwarna kuning untuk tema majlis esok. Petang tu aku dan mak sedare aku serta beberapa orang jiran tetangga menyiapkan bunga pahar dan juga goodies untuk diberi kepada tetamu. Sambil tangan bekerja, mulut pon turut becerita. Mak Anjang aku ckp "nak dengar somthing x??" aku pon.."apedie??". "Tadi, mak anjang pegi cari baju untuk Ashraf (anak die yg paling kecik) kat Greentown Mall. Lepastu xjumpe2 baju untuk Ashraf ni ha..Last2, mak njang masuk satu kedai ni, datang seorang perempuan kat mak anjang. Mak anjang terus tanye "Dik, baju melayu untuk budak2 kat mane ye??" sebab mak anjang dah xlarat nak cari. Tiba2 budak perempuan tu jawab, "Mak anjang xkenal kite ke??".. Rupa2nya budak perempuan tu ialah kakak saudara aku yg tgh cari baju kurung untuk esok jugak! hahahhahahhahaha.. =D

Dah selesai buat bunga pahar aku tengok2 dan ingat2 apa lagi yang nak disiapkan. Masa aku lalu kat belakang bilik air berdekatan dengan dapur, tiba2 kelihatan kepulan2 asap halus keluar dari tingkap bilik air tu. Dalam hati aku cakap "haih..melampo benor deme ni mandi pkai air panas smpai banyak gile asap keluar". Masa aku sampai kat dapur, aku tengok lantai dapur dah penuh dengan serbuk putih yang halus. Kakak aku dan sedara mara yg lain tgh sebok lap2 lamtai dapur. Apehei nih...Lame2 baru aku tau yg asap putih yg keluar dari tingkap bilik air tu sebenarnya adalah serbuk putih dari alat pemadam api yg ayah aku letak kat tepi dinding berhampiran bilik air tu. Rupa2nya opah aku hampir terjatuh masa nak pergi ke bilik air. Opah dah xleh jalan, so die jalan pakai tongkat. Mungkin sewaktu die nak ke bilik air tu tongkat yang die pakai tu terlanggar alat pemadam api tu. Mungkin...xsure sgt sebab xde sapa yg tau situasi sebenar. Mase opah aku nak pegi bilik air tu, Mak Ngah aku ikut dari belakang. Mak Ngah aku hanya boleh panggil "mak! mak! mak!" je masa tu. Yela...sape xpanik kan? Then, alat pemadam api (saiz kecil) tu ntah macam mane boleh pulak tercabut kepala die..habis la die melantun2 sebab tekanan yang kuat. Masa tu kebetulan ayah aku ada berhampiran dan sempat memegang botol alat pemadan api tersebut tapi benda tu tetap melantun2 dan habislah kawasan dapur, bilik kakak aku dan bilik air tersebut menjadi putih! Opah dan Mak Ngah aku pon dah penuh dengan serbuk putih tu satu badan. Nasib baik xde kecedaraan atau kemalangan jiwa yang berlaku..

Hmmm...macam2 jadi kan...Majlis keesokan harinya berlansung dengan meriah di pihak kitorg..ade satu bas pelajar dari UPM turut hadir memeriahkan majlis. Kawan aku yang hadir, emira sorg je..yg lain tu kebanyakannya xdapat hadir sbb ade kelas dan sebagainya. Kalau ade yg dtg tp aku xtau tu sorila yer! sape soh xdtg jumpa aku! =p Malam tu pulak ade makan2 sket untuk sedara mara dan jiran terdekat..ade kambing panggang! aku ape lagi, diorg siap bakar je, aku soh Along amekkan ntuk aku. haha. Lepas acara potong kek dan bukak hadiah, sume sedara mara berangkat pulang. yela, esok tu kan isnin! keje maaaa...

Begitulah sedikit sebanyak cerita di sekitar majlis perkahwinan Angah. Lepas ni kak yang pulak nak kawen. Nasihat aku kepada yang ingin melansungkan perkahwinan, seelok2nya jgnlah buat majlis kahwin yang berturut2.. penat gile woooo..at least amekla gap seminggu. Kalo yg buat 7 hari 7 malam tu aku rase mau pengsan pengantin ngan org lain! haha...tetamu pon xlarat nk dtg kang..hahahhahaha.. =p nak gambo? err...skrg ni aku tgh on9 kat library, so xde gambo...sori..nanti kalo rajin aku upload. to emigha@mia nanti dapat gambo tu i kasi ye...

That's all...nak g cari tempat strategik untuk tunggu Along amek aku..k! papai! 

2022 first post 😂

 After two years and suddenly I feel like writing. 😂 This endemic phase is still on going. With influenza like illness and covid-19 cases s...