Sunday, July 24, 2022

2022 first post 😂

 After two years and suddenly I feel like writing. 😂

This endemic phase is still on going. With influenza like illness and covid-19 cases spiking up day by day. Just ranting up here to mark some memories on it. 

About me? Nothing much progressing. Still the same me like my last post two years ago. The only difference is that those broken pieces can't be the same anymore. LOL. Like anyone care. Like who gonna read this ridiculous writing? 🤣

Two of my younger cousins married earlier of this year. The first one was in January with very limited guests and strict SOPs. The latter one was last month with much more relax event but still with SOPs to be followed. Some were asking when will be my turn? InshaAllah one day. May the right person comes at the right time in the right way. Amin. 




Other than that everything was pretty much the same.  Still baking and reading in my free time. Andd finally we can start travelling again! Alhamdulillah. May many more wishlists and bucketlist to be unlocked! Amin. 

Some of my prayers are being answered and I am very thankful and grateful. Hoping for a better tomorrow and more happy memories will be created. May all of you who read this will always be filled with joys and showers in happiness. ❤️



Thursday, June 04, 2020

Assalamualaikum sayang-sayang semua..
Seriouslah last post 2017? Dan sekarang dah tahun 2020?

Maaf lama sangat tak update apa-apa. Mesti korang ingat blog ni dah tak wujud kan? Hahaha..Takpe sis faham.. Lama tak update sebab papa cakap jangan expose sangat diri kita pada orang. Tapi tangan ni gatalll jugak nak menaip.

Okay for current update..macam yang semua tahu sekarang seluruh dunia dilanda penularan virus Covid19. Atau lebih familiar dalam kalangan netizen sebagai Corona Virus. Malaysia pula sedang dilanda pandemik. Seluruh Malaysia dijalankan perintah kawalan pergerakan. Masuk hari ini dah lebih 73 hari perintah tersebut dilaksanakan. Sekarang ni kalau sapa-sapa batuk, demam atau selesema pandai pulak baik sendiri 😂 Hospital dan klinik pon kosong ja..Pegi mana-mana semua pakai pelitup muka.

Masa ni tengah tunggu kakyang hantar dokumen kat fomema..selfie cikittt

Nak share sikitlah gambar-gambar sepanjang pkp ni..buat kenangan..
Lif dekat pejabat FAMA Perak

Beratur nak masuk Aeon beli ikan. Jarak 1m, pakai facemask. Masa ni satu keluarga sorang je boleh masuk. Gigih beratur dekat sejam.

Dalgona coffee! A must during PKP hahahaha 🤣


Tapi tujuan utama post ni bukanlah pasal pandemik tersebut. Tapi lebih kepada kerunsingan hati. Nak luah perasaan tapi taknak ganggu orang. So korang la kena tolong baca 😂😂 **maybe akan delete post ni nanti? 😛

Sis tak boleh tidur fikirkan masa depan. Hari-hari mendatang. Semalam sis mimpi. Mimpi yang paling sedih tak pernah terbayangkan. Nak cite pon seram. Takut jadi real. Cukuplah korang tahu mimpi tu mimpi paling sedih dalam hidup sis and it feels so real sampai tengah makan nasik pon jadi tak lalu memikirkan kalau mimpi tu jadi kenyataan.. Tipu tadi makan bihun kan yan? 😅

Macam nad cakap buat istikharah..insyaAllah dapat jawapan. Sis pon masih cari jawapan. Moga dipermudahkan. Kalau kome baca post ni tolong sama-sama aminkan supaya sis kurus dan dapat berat badan ideal ya..tak lupa juga aminkan supaya sis dapat jodoh dan masa depan yang baik-baik. Thanks guys!

Ps: kalau awak baca, aminkan sekali plish 🥰

Monday, February 20, 2017

Pelindung Sihir

Assalamualaikum..

Ustaz cakap nak lindung diri kita dari sihir mudah saja. Baca ayat2 berikut:

1. Lafaz taawwuz (a'uzubillah...rajim) baca sampai habis ayat.
2. Lafaz basmallah
3. Bismillahillazi... sampai habis.
4. Surah Al-Falaq
5. Surah An-Nas

Dengan syarat..faham maksud dan yakin Allah itu pelindung kita. Kalau rasa takut memang kita mudah terkena. Kalau terjumpa apa-apa ikatan, baca ayat2 di atas dengan yakin dan percaya dgn Kuasa Allah..hembus pada bungkusan/simpulan tersebut..buka & buang sahaja.

Ada satu ayat dr al-Quran yg ustaz kongsi..tak sempat salin  surah mana..sapa tau boleh share..maksudnya begini.. "Dan tidaklah mereka dapat (memberi) mudarat dengannya (sihir) dari seseorang kecuali dengan izin Allah."

Satu lagi dalil daripada surah An-Nisa' 4:117 "Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka." Ayat ini menunjukkan bahawa syaitan itu tiada daya dan hanya menyesatkan manusia dengan tipu daya.

Kalau difahami maksud ayat ke-3 surah Al-falaq;



"Dan dari kejahatan malam yang gelap apabila telah gelap (kelam)."

Kenapa kena berlindung dari kejahatan malam?
Kerana pada waktu malamlah:
-waktu permulaan alam jin.
(Sihir melibatkan manusia dengan jin)
-syaitan suka kegelapan
-sihir dibuat dan ramai terkena sihir pada waktu malam



Sebab tulah malam2 tak digalakkan keluar melainkan ada urusan penting seperti kelas atau kerja ☺☺ Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua 😊

#murniislearning
#murniissharing

Jadikan al-Quran Sebagai Teman Baik

Assalamualaikum..

Sebelum habis semalam tadabbur al-Quran tadi ustaz suruh baca petikan ayat dari surah Az-Zukhruf (43:36-37)


Ayat ini diturunkan untuk mengingatkan manusia tentang pentingnya berpegang kuat dengan al-Quran. Sesiapa yang tidak cuba mempelajari al-Quran malah meninggalkan al-Quran. Mereka akan sentiasa ditemani syaitan dan ini akan membuatkan mereka merasa diri mereka sudah mendapat petunjuk dan tidak perlu merujuk al-Quran lagi.
Perumpamaan yang ustaz buat tadi:
Sebagai contoh kita ialah anak yang tidak mendengar kata ibubapa lantas ibubapa kita sudah penat lalu berkata "ikutlah jejak langkah si A itu!" dan tidak pedulikan kita lagi.
Begitulah melalui ayat ini. Sedih tak kita kalau Allah tidak mempedulikan kita lagi dan menbiarkan kita bertemankan syaitan. ðŸ˜¢
Jom jadikan al-Quran sebagai teman baik kita. Sapa nak join kelas tadabbur nanti bagitau tarikh seterusnya eh..  Serius kelas ni sangat best sebab membuka minda kita serta lebih memahami ayat al-Quran dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Moga perkongsian ini bermanfaat. Amiin ðŸ˜Š

Sunday, December 21, 2014

Minggu Belajar a.k.a 'Study Week'

Assalamualaikum..

Lama tak mai singgah blog ni aih..hihi..Asal nak singgah sibuk memanjang..
Yang pelik tu bila study week je rasa nak singgah sini. Boleh tengok post sebelum-sebelum ni. :D Sekarang ni tengah bergelut antara nak siapkan proposal untuk Final Year Project (FYP), siapkan herbarium, dan...yang penting dan genting sekali pada saat dan tika ini adalah..ulangkaji subjek-subjek untuk peperiksaan Semester I 2014/2015 hujung bulan ni. Nasib baik sem ni 3 paper je. Plant Genetics, Economic Botany dan Psikologi Kesihatan. Ketiga-tiga kertas ni jarak dia selang seminggu. Makanya setiap minggu, lepas periksa terus balik Ipoh tercinta! Hehe..Takdelah..kena tengok dulu macam mana. Kot Dr. Rahmad kesayangan kami nak jumpa ke tidak. Oh ye, Dr. Rahmad tu penyelia aku, Nad dan Al untuk projek tahun akhir. Siapakah Al dan Nad? Nad tu teman sebilik aku, Al pulak rakan seperjuangan kami. Nama penuh Al, Allister..Kenapa panggil Al? Mungkin sebab senang sikit nak sebut..hihi..ada yang panggil Allis..Kami bertiga dibawah penyelia yang sama.

Tajuk FYP aku berkaitan dengan liana. Tajuk penuh 'Comparison of Liana Diversity in Kenderong Reserved Forest, Kedah and Bukit Panchor State Park, Pulau Pinang. Apakah yang dimaksudkan dengan liana? Daripada pembacaan aku, liana ialah tumbuhan memanjat berkayu atau orang kampung teman panggil woody climber. Suka menumpang pokok yang lebih besar dan tinggi untuk mendapatkan sumber cahaya. Selalu terdapat di kawasan yang sudah dibalak kerana tugasnya adalah untuk menutup semula kanopi hutan yang terbuka akibat pembalakan. Tajuk aku ebih kurang sama macam tajuk Al, tapi kajian dia lebih kepada climbing behavior.Kajian aku lebih kepada kepelbagaian dan taburan liana di kedua-dua tempat kajian. Nad pulak buat kajian tentang dedalu..Bila sel-sel otak tak dapat berhubung dengan baik, berhenti kejap daripada buat proposal..Daripada mula Dr. R suruh buat sampai harini Literature Review baru dua mukasurat. Ha Ha Ha.. ;P Jurnal dengan buku dah jenuh baca. Idea tak datang untuk menyambung ayat-ayatku..hihi.. Alasan sebenarnya..Tambahan pula laptop buat hal tak boleh connect dengan Google (sumber utama untuk buat apa-apa) nak rujuk jurnal apa semua. Yang pelik tu bila bukak page Literature Review, otak jadi beku, tangan jadi kaku, mata jadi lesu. Buat kerja lain elok je segar-bugar. 

Liana-liana yang bergayutan pada satu pohon




Jadi apa isi entri kali ni? Takde..nak cakap je, esok bermulalah minggu belajar kami pelajar-pelajar USM di Kampus Induk. Buat pertama kalinya aku tak balik bila study week menjelma. Dengan harapan nak jadi pelajar terbaik sem ni..hihi..Kome semua doakanlah proposal aku dapat disiapkan secepat mungkin, projek tahun akhir aku ni berjalan dengan lancar serta dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan semester ini. Amin.. 

Wednesday, April 23, 2014

Bertenang..semua masalah ada penyelesaian ;)

Assalamualaikum..

Hari ini macam hari-hari Selasa yang lepas. Bermula kelas TITAS jam 8.15 pagi, bersambung pulak dengan Amali Fisiologi Tumbuhan jam 10.00 pagi. Jadi kenapa perlu bertenang? Begini kisahnya.. 

Amali minggu ini terbahagi kepada dua bahagian. 
1. Buat 'dilution' bagi Asid Giberalik sebanyak empat kali (10.0ppm, 1.0ppm, 0.1ppm, 0.01ppm). Kemudian masukkan ke dalam 'tube' yang mengandungi anak benih padi varieti MR220.
2. Asingkan setiap bahagian anak pokok bendi kami yang berusia lebih kurang 9 minggu (akar, batang, daun) dan timbang berat setiap bahagian pokok tersebut.

Faham tak? Buat-buat faham jela kalau sesiapa tak faham tu..hehe..okay..Ahli kumpulan kami ada enam orang semuanya. Jadi, untuk mempercepatkan tugasan kami bahagikan ahli kumpulan kami kepada dua kumpulan. Izzul, Anifa dan Liyana buat nombor 1, aku, Aimie dan Poshna buat nombor 2. Buat persediaan 'dilution' agak mencabar jiwa, mental dan perasaan. Terlebih masukkan air suling, terus kena buang, dan buat larutan lagi sekali. Siap sahaja semua 'solution', aku dan Aimie masukkan 10ml larutan yang berbeza kepekatan ke dalam setiap 12 'tube' yang mengandungi anak benih padi tersebut. 

Lega..siap jugak masukkan semua benih padi dalam larutan yang pelbagai kepekatan tadi. Siap semua aku pun susunlah semua 'tube' tadi mengikut urutan nombor yang telah dilabel. Masa tengah susun-susun tu, tiba-tiba Prangggg!! tang! tang! "Bunyi apa tu??" Kufokuskan penglihatanku ke arah meja makmal kumpulan kami. Alamak! Tangan aku tertepis 'tube' masa nak susun ikut urutan. Tiga buah 'tube' yang dah siap dengan larutan tu elok terbaring di atas meja dan larutan Asid Giberalik membasahi meja. Nasib baik 10ml je setiap 'tube' tu..kalau tak mau banjir makmal. haha..Semua ahli kumpulan aku yang lain memberi reaksi, "Haaa...macam mana ni?? tumpaaahhh". Waktu tu entah mengapa dengan tenang aku menjawab "Takpe, banyak lagi 'solution' lebih.." sambil tangan ligat mengangkat 'tube' yang terbaring di atas meja. *sebenarnya nak tutup 'ke-nervous-an'..hehe..Mereka yang lain berkata "Weh, rileksnya dia ni jawab, comel laa...". Kedengaran suara lain "ini nama dia positif, yan ni positif! tak kalut pon..bagus..bagus..". Allah jela yang tahu hati aku waktu tu macam mana.. ^.^V

Ku perhatikan 'tube' yang hampir kering larutannya dek tumpahan tadi untuk ditambah semula larutannya. Sekali kuterpandang label yang terdapat pada dua daripada tiga buah 'tube' yang kosong tadi tertulis 'unknown'. Alamak! Macam mana ni?? Larutan 'unknown' ni pembantu makmal yang sediakan sebelum kelas amali! Otak ligat berfikir cara nak selamatkan keadaan. Sambil berfikir kakiku bergerak laju ke arah pembantu makmal di belakang makmal. "Kak, ada 'unknown solution' lebih tak? Kumpulan kami punya tertumpah laa..." pintaku sambil hati berdoa yang larutan itu masih ada baki simpanannya. "Owh..kalau tertumpah memang habis laa..sat, nak pi tengok ada lagi tak.." katanya. Alhamdulillah...Allah itu Maha Mendengar doa hamba-Nya. Elok-elok je ade dua botol lebihan larutan yang mereka sediakan. Dengan hati yang girang dan penuh rasa syukur aku menghampiri meja kumpulanku untuk menyelesaikan amali selepas mengucapkan terima kasih. Kalaulah larutan tu habis, tak tahu macam mana aku nak jawab dengan Dr. Farah..hehe.. ;) Sampai di meja, ahli kumpulan aku yang lain senyum je tengok ada 2 buah botol kecik di tanganku..hehe.. 


Tube yang mengandungi anak benih padi

Jadi nampak kelebihan bertenang di situ? Cuba bayangkan kalau aku tak bertenang tadi. Kemungkinan besar aku terlanggar 'tube' lain dan larutan-larutan dalam 'tube' lain juga akan tumpah. Akibatnya, semua proses yang telah dilaksanakan dengan susah payah tadi perlu diulangi semula. Oleh itu, bertenanglah.. Jangan gelabah apabila berhadapan dengan masalah atau musibah yang menimpa kita. Sentiasalah berlapang dada dengan apa yang berlaku. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sebagai contoh, peristiwa hari ini mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam segala perbuatan. ;) Sekian untuk hari ini.

#self remider
#ambil yang perlu
#maaf salah silap

Saturday, December 28, 2013

Sem 3 di USM

Assalamualaikum semua.

Lama tak post entri kat sini..rinduuu..
Tapi tu la..masa memang mencemburui kita..last entri aku adalah masa nak final sem lepas. Sekarang ni aku tengah study week untuk sem 3. Cepatnya masa berlalu. Sibuk sangat dengan macam2 hal..sampai kawan2 lama pon ramai dok perli2 kalau aku contact diorang sekarang.  Serius masa tu rase macam ape yang buat aku sibuk sangat sebelum ni?? Jadi mari kita simpulkan apa yang telah berlaku selama aku menyepikan diri dari ramai orang. Sebenarnya xdela hilang pi mana pon..cuma tak pedulikan dunia luar sangat kot.

Baiklah aku sekarang amek major dalam Botani dan minor dalam Psikologi. Tapi xdela terer sangat nak psiko orang kan..baru amek asas psikologi..tunggu aku dah pro nanti siap korang..hehe. .

Subjek Teras:
-Plant Kingdom
-Comparative Plant Anatomy

Minor:
-Asas Psikologi

Elektif:
-Ecology and Weed Management

Lain2:
-English for Medical and Science
-Chinese Level1
-Sejarah dan Hubungan Etnik

Gitulah subjek2 yang teman amek sem ni..tgh pecut stadi nak kaver sume nih.
Macam2 aku lalui sepanjang sem ni..
-mendapat gelaran 'senior'
-belajar buat herbarium
-dapat tau banyak spesis pokok yang xpernah dengar pon ade..
-dapat anak saudara baru,  Ezra Mikhael.
-jadi s/u Hari Interaksi Biologi
-sekretariat Karnival Sukan Biologi
-jatuh langgar pasu masa nak cepat masuk kelas BI
-pergi lawatan bersama Botanist-to-be yang lain ke Cameron Highlands.

-pemergian opah menghadap Ilahi.
#pendek kata kalau nak listkan semua sampai esok xhabes

Sekarang tengah ber'study week' kat hostel. Doakan aku cemerlang dunia dan akhirat. Risau jugak kalau terlebih mementingkan duniawi. Tapi kat USM ni banyak diorang buat majlis ilmu. Antara nak atau tak je kaki ni nak melangkah. Program terakhir yang aku pergi sebelum study week ni ialah 'Diari Untuk Ahmad Ammar' anjuran PMIUSM dengan beberapa persatuan lagi. Diorang jemput mak dan ayah arwah Ammar untuk memberi motivasi dan semangat sebagaimana yang mereka berikan kepada Ammar. Memang kalo xtahan, nanges dah kat situ.  Kalau sape2 yang xtau atau xingat kisah Ammar yang dikatakan syahid di Turki bolehlah google atau cari video di YouTube. Moga menjadi tauladan dan memberi semangat yang baru kepada kita semua. Amin..

Dah jom sambung study balik. Encik2 nota dah memanggil2 untuk dibaca. Moga2 hari2 yang kita lalui diberkati dan dirahmati Allah. Amin..

#Al-Fatihah untuk arwah opah dan arwah Ammar.
-Tatatititutu- ;)

Saturday, June 22, 2013

Pecutan Terakhir!

Assalamualaikum..

Lagi 2 kertas menanti untuk dijawab bagi semester kedua di bumi USM ini..Kertas Biochemistry dan Genetics..Dalam erti kata lain, hari Rabu depan aku dah merdeka!! hehe..untuk itu moh kite study ye yop dan yong sekalian..Hari Isnin kertas Biochemistry dan Rabu pulak kertas Genetics. Doakan aku dan rakan2 yang lain ye! ;) tq..Sekarang ni, pecutan akhir sedang berjalan..harap2 sempat khatam dan hadam semuanya...Amin.. ;)

pssttt..nebes nikh..!

Monday, May 27, 2013

Selamat Datang ke KMPk!! ;D

Assalamualaikum! 

hehe..eksaited terlebih sket arini sebab dah hantar esaimen c++ td..ngeh3.. ;D hah! harinikan hari pertama bagi batch 2013/2014 ke program matrikulasi..Di sini saya ingin mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT DATANG ke kolej matrikulasi kepada semua adik2 terutamanya yang dapat KMPk..sentiasa di hati tau!! sape dapat KMPk angkat tangan!!  haha..ape yang best KMPk ni?? ade UFO tau! nak tau lebih lanjut baca kt sini -->KMPk
SELAMAT DATANG . . . . . ;)

Mula-mula masuk mesti adik2 rasa susah nak sesuaikan diri terutamanya kepada mereka yang selalu dok celah ketiak mak tu..nak pergi tandas malam2 takut, nak ajak teman..sogan! tapi, percayalah lama2 ok punyer..nak balik? no problem..tiap2 minggu boleh balik kalau xde aktiviti..tapi kalo dah teghok sangat nak balik tu, balik jela..yang penting ade surat! eh, ape ni baru masuk dah nak balik?? sori2..jumaat ni teman boleh balik! tu  yang semangat terlebih tu.. ;p jangan mare haaaa...

Adik2 sekalian, jangan takut untuk mencabar diri kalian bagi meneruskan kehidupan di matrik. Sebab..ha, nak tau sebab ape? contohnya sayalah kan...seorang budak sekolah harian, bukan lepasan SBP mahupun MRSM boleh je hidup kat situ..bila dah ade kat matrik ni orang xde sebok pon nak tanye.."SPM ko bape weyh??" xdenye..Matrik ni bagi akak la kan..*terasa tua pulak..kat sini kita semua bermula dari aras sifar..dari bawah! yang membezakan kita cuma usaha untuk berubah atau mengekalkan kecemerlangan kita masa SPM dulu..tapi yang penting sekali kena pandai pilih kawan la...cari kawan yang adik2 rasa boleh bawak adik2 ke jalan yang benar..ecewah! yela..bukan jangan kawan dengan budak2 hat yang xberapa nak baik ni..kawan jugak..cuma jangan ikut perangai deme la.. *kawan yang xbaik tu contohnya yang kejenye dok ajak kome ponteng kelaih (kelas) je..haa..yang pesyen gini jangan ikut! kawanla dengan orang yang rajin kakinya melangkah ke perpustakaan untuk belajar dan ke kubikel untuk berjumpa dengan pensyarah.. ;) 

Kalau dah masuk matrik ni, xyah la gatal2 nak keluar pulak..jangan takut "nanti kalo xskor mcm mane nk masuk U??" asyik rasa rendah diri je..serius mula2 akak pon rasa macam tu..penah sekali bagi soalan maths yang akak xdapat jawab kat sorang mamat ni! jenuh dah pikir cemane nak jawab, sekali die amek ketas..fuiyooo! macam xpenah jumpe kertas die jawab soalan tu..tup tup dah siap! "nah amek!" xsempat nak tengok jalan kerja die..hahaha..so, kalau xtau tu pi la jumpe pensyarah2 ataupun kawan2 yang adik2 rasa dapat membantu pembelajaran adik2 dan boleh difahami ape yang diajar tu ye..dan mamat tu dapat 4.00 sem 1..sem 2 xtau..xjumpe die dah..Dik, dengar sini..kalo xbelajar memang xboleh la nak skor! keje dok berdating tapi harapkan dapat 4.00! memang flat la..tapi kalo dah agak2 result kome mase sem 1 tu ok, janganlah rasa dah cukup dah..sem 2 ade lagi..jangan jadi macam saya! T.T nasib baik USM sudi terima saya!! tsk3..hahaha..pengajaran tu...terima kasih USM! ;)

dah2..bukan nak downkan kome..ni nak bagi semangat ni! duduk matrik ni best terutama sekali KMPk! malam2 kome pegi la amek angin kat tepi anjung tu..tengok bulan bintang.. serius best! kitorg dulu selalu duduk sini buat confession ape xpuas hati sambil nanges2! hahahha..so that lepastu xde ganggu study dah.. ;)
Pagi2 pegi joging pusing KMPk tu..berkabus woooo..sejuk je...tapi rasenyer sekarang dah ade had kawasan bagi pelajar lelaki dan perempuan kot..pelajar perempuan xboleh lalu kat kawasan bukit tepi asrama Seri Iskandar dengan Seri Ipoh tu..boleh jalan sampai taman permainan kanak2 sebelah rumah pengarah tu je...had kawasan lelaki xingat..sori yerk...
sini xleh lalu dah kot??

Pesanan terakhir!
Belajar baik2..jangan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara! bila stress belajar tu, jangan la terpikir nak terjun dari UFO ke ape ke..pergilah mengadu pada Allah..Allah Maha Mendengar..lepastu, kalo ade prepaid lebih, call la mak abah kat kampung..(selalu buat! hahahaha) xpon kawan2 rapat ke..(selalu jugak..) luahkan perasaan anda..jangan pendam dalam hati sebab nanti susah nak fokus belajar..xpon pi cari satu buku, contengla ape2 yang korang rasa kalo dah malu sangat nak cite kat orang lain.. ;) (penah buat jugak!)



Ok guys! ingat pesanan akak yang baik ni tau! ;p Selamat Maju Jaya..sorila asyik cite pasal KMPk je..sebab saya ni KMPk-ans..hahaha..ade ke istilah tu?? matrik lain saya kurang arif, matrik penang pon macam best jugak..penah pegi tapi berkurun dahulu la...hehe..orait...di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada semua rakan2 seperjuangan terutama sekali Emira anak pak cik Zubir, Syazana anak pak cik Aminuddin, Hasibah anak Halim..eh, tak2..anak pak cik Halim.. ;p Syazwani anak pak cik Suhaimi dan Sufyah anak pak cik Muhammad kerana sudi berada di samping saya xkira suka dan duka sepanjang program matrikulasi yang lalu...Tanpa kalian mesti daku tidak kuat berada di sana..ade korang pon tiap2 minggu aku balik..hahaha..jap2..mesti korang pon xleh teruskan hidup kat sana kalo teman xde kan? sebab kejenye asyik terkunci je kat luar bilik kalo teman balik umah..hehe.. ;D maaf andai diri ini terkasar budi, bicara mahupun apa2 yang tidak disedari..sesungguhnya yang baik itu daripada Allah.. ;)


rindu nak pot pet ramai2 kat bilik ni... T.T
~~tatatititutu...~~

Saturday, May 18, 2013

Manisnya Kahwin Muda

Assalamualaikum...

Eh, bukan aku nak kawen ye..jgn salah faham dengan tajuk kat ateh tu...ni teman nak cite sikit la ilmu yang teman dapat daripada Ceramah Manisnya Kahwin Muda bersama Ustaz Ahmad Dusuki dan saudara Hilal Asyraf anjuran Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) USM malam semalam...sebenarnya lebih kepada forum..moderatornya sangat bersemangat dengan loghat utaghanya yang pekat!



Majlis dimulakan dengan maksud sebenar sebuah perkahwinan yang diterangkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki..korang tau maksud sebenar sebuah perkahwinan? meh teman kongsi sikit.. Perkahwinan bukan hanya untuk kenikmatan dunia semata-mata, tetapi apabila berkahwin, tanggungjawab kita adalah untuk membina generasi ke syurga Allah. =) bila aku dengar ustaz cakap macam tu, terus rasa seram nak kawen..huhu..berat tau tanggungjawab lepas kahwin ni..jadi kita mesti ade persediaan dari segi tanggungjawab, spiritual dan material.

Tiga sifat wanita yang terbaik untuk dijadikan isteri:

1. Mudah dalam urusan perkahwinannya.
2. Murah mas kahwinnya (jangan murah sangat dan jangan hina sangat..)
3. Nak pada zuriat yang ramai.
    Sebab lagi banyak anak, lagi banyak rezeki! ;D

Satu benda yang aku baru faham betul2 adalah tentang persoalan mas kahwin dan wang hantaran. Masyarakat Melayu di Malaysia kebanyakannya membezakan antara mas kahwin dan wang hantaran. Ustaz cakap hanya di negeri Kelantan sahaja yang mas kahwin dan wang hantaran dianggap benda yang sama. Sebenarnya dalam Islam, mas kahwin dan wang hantaran adalah benda yang sama. Mas kahwin wajib hukumnya diberikan kepada pengantin perempuan.


Aku tak berapa ingat sangat susunan kata2 ustaz semalam, tapi lebih kurang macam ni la bunyinyer...

Sepatutnya sebelum pasangan itu bernikah, si wali kena cakap macam ni kat pengantin lelaki.."Selepas aku nikahkan anakku dengan kamu, semua dosa2nya akan ditanggung oleh kamu. dan pastikan anak aku serta keluarga kamu nanti masuk ke syurga Allah..dan sekiranya tidak, akan kami sekeluarga tuntut di Mahsyar nanti." Mau terkencing pengantin lelaki kalau buat gitu kate ustaz...haha..Aku yang dengar ni pun rasa gerun tau!

Kepada ibu bapa di luar sana, janganlah terlalu memilih menantu..dan jangan pula takut untuk membenarkan anak anda berkahwin pada usia muda sekiranya dia telah benar2 bersedia. Tapi kalau top-up pun mintak kat mak lagi, xpayahla berangan nak kawen yer...Setelah mendengar kisah persediaan saudara Hilal Asyraf yang membuat paperwork sebelum berkahwin buat aku tersedar betapa kita perlu betul2 bersedia sebelum berkahwin. nak kahwin pon buat paperwork?? o.O yela...ingat kawen ni benda kecik?? sape nak tau kisah yang lebih lanjut pi cari buku 'Sebelum Aku Bernikah' dan bace yer..aku pon xsempat bace lagi..hehe..memang aku salute dengan saudara Hilal nikh! harap2 nanti dapat suami yang bersedia macam die jugak! amin...eh? gatal sekejap.. ;p


Kepada pemuda pemudi mahupun petua petui..hahaha..sape2 yang ingin berkahwin tu..ce baca ni sat...


~Janganlah berkahwin atas dasar kecantikan, kerana sesungguhnya kecantikan itu akan pudar mahupun setelah berbotol-botol pil vitamin C ditelan..


Tetapi kahwinlah atas dasar agama insyaAllah tenang hiduppnya kerana Rasulullah turut mendoakan keberkatan rumah tangga tersebut dalam doanya kepada Allah..ingat lagu Baraka Allahhu Lakuma yang Maher Zain nyanyi tu?? tu lah doanya kata Ustaz Ahmad Dusuki. Di akhir program ustaz ada cakap dia mungkin akan menulis buku seperti saudara Hilal Asyraf..Tajuknya, Wahai Pemuda Kahwinlah, Wahai Pemudi Terimalah, Wahai Ibu Bapa Redhalah...tapi mungkin 10 tahun lagi baru siap katanya..awak semua mungkin dah kahwin pon mase tu..hahaha..akan ku tunggu buku itu... =) ada maksud yang dalam pada tajuk itu ye...*kalo kome perasan ler...Ustaz kata semalam kan..tanggungjawab seorang ibu itu menidurkan anaknya, tanggungjawab ayah mengejutkan anaknya daripada tidur..sebab kalau mak selawat je anak terus tidur, dan kalau si ayah kejut anak, mau terduduk terus anak yang sedang tidur itu! hehe..

Buat yang tidak tahu, hukum meminang tunangan orang lain adalah haram dan ia adalah DOSA BESAR!! Jangan kita risau siapa jodoh kita kerana kita telah ditemukan dengan jodoh kita 2000 tahun dahulu di alam roh. Sebab itu couple lah banyak kali pon kalau bukan jodoh kita, tak kahwin juga. Lebih baik kita siapkan diri untuk jadi yang terbaik buat yang halal. =))

Couple itu DOSA, Tunang itu PAHALA. Tunang putus..tunang putus xpe..tak perlu mandi bunga kerana itu syirik..Tetapi jangan kahwin dan bercerai, itu Allah murka...Nauzubillah min zalik.. moga dijauhkan...cinta yang sebenar adalah cinta yang menuju ke syurga Allah..bukan dengan melakukan maksiat yang hanya akan membuat kita tercampak ke neraka-Nya...Hidup di dunia ini Allah sediakan semuanya..tapi untuk hidup di akhirat nanti, kita kena sediakan sendiri..So, dah sedia nak kahwin muda??? kalau tanya aku, mungkin tak kot..tapi kalau jodoh dah sampai, aku terima je..hehehe.. ;)

~sekadar perkongsian ilmu untuk manfaat kita bersama..maaf salah silap..moga Allah redha...Amin... =)

~~~tatatititutu...~~~


Friday, March 22, 2013

Al-kisah Sang SPM..

Assalamualaikum dan hai semua...
Petang2 mcm ni aku kalo xde buat apa-apa memang aku hapdet belog lah kann...

Ok, semalam result SPM keluar...Tahniah kepada semua adik2 yang berjaya mendapatkan keputusan SPM... =)) xkiralah cemerlang ke tidak...korang semua dah berjaya melepasi satu fasa lagi dalam hidup korang..lepas ni hidup kita dah tak ditemani guru-guru disiplin yang nak jadi penegur kalau ade buat kesalahan..kome sume tu dah jadi bekas pelajar ye...harap maklum.. Jadi tunggu ape lagi? xkan nak tunggu cikgu pegang rotan baru nak lengkapkan permohonan masuk ke IPTA/IPTS tu?? haha.. pegi update cepat..kang tercicior baru tau!

Kepada adik2 yang dapat keputusan yang kurang memberansangkan tu..jangan putus asa..
SPM bukan penentu segala-galanya..Masih ada ruang dan masa untuk kita perbaiki kekurangan dan kesilapan yang kita dah lakukan sebelum ni...Mane tau time peksa aritu mengkome demam kan...xlarat nak angkat kepala..tu yang result x ok tuuu...eh, betol tau...masa teman jawab soalan maths UPSR dulu teman jawab sambil tido...hahahaha..xlarat, demam...bile pengawas cakap "masa tinggal 10 minit lagi!" baru teman fokus betoi2..haha..naseb dapat A.. =D

Nak kongsi sikitlah..nak bakar sikit semangat kome yang merudum bile tengok slip SPM yang xberapa memberansangkan tu...keputusan teman xadelah gempak mcm budak yang straight A's tu...
Dapat 6A je...tu pun untuk subjek teras ngan Sains Pertanian..
Kimia: B+
Matematik Tambahan: B
Biology: C+
Fizik: B

xde A+ pon..tapi aku bersyukur...Alhamdulillah..sekurang2nya x gagal..nak tau aku doa ape tiap2 hari lepas abes jawab semua kertas??

"Ya Allah, Kau kurniakanlah aku sekurang-kurangnya 5A...Amin.."

=DD Alhamdulillah..dapat jugak ape yang aku doakan..bukan nak riak, cuma untuk perkongsian...
Aku terkesan dengan kata2 seorang ustaz ni sebenarnya..
"mintaklah secara terus terang apa yang kamu nak pada Allah..Allah kan Maha Mendengar..kalau nak 10A, doalah nak 10A..janganlah mintak cemerlang saja..3A pon cemerlang jugak.."

Dapat 6A ni kamu nak pegi mane? ayah aku tanya..aku sedih giler time tu..macam aku dah kecewakan papa...aku dapat tawaran pegi temuduga kat UTP tapi aku xpegi..sebabbbbb..ade Hari Anugerah Cemerlang kat sekolah aku pada hari yang sama..haha..Abang aku punya marah kat aku..die cakap, "hang kalo xnak p UTP hang nak pi mana? xpaham aku, suruh masuk U pon xnak..." Sebab utama aku xnak pegi adalah kos pembelajaran adalah secara Sdn. Bhd... aku xnak susahkan mama ngan papa..mahal gile kot nak bayor yuran UTP tu kalo xde tajaan..Aku ingat nak tunggu keputusan UPU..lagipun course die xbest..haha..

          Bila keputusan UPU keluar aku xterkata apa... "Maaf Permohonan Anda 93****-08-**** tidak berjaya... o.O sedih giler... T.T mula timbul bibit-bibit penyesalan dalam diri...tapi xlama..sebab aku yang xnak pegi UTP tu...Xlame lepas tu keputusan permohonan ke Program Matrikulasi...Alhamdulillah dapat Matrik Gopeng... =) Abang aku still xpaham ngan aku...majuk semacam je die...tapi lama2 ok balik ngan die...aku cite apa yang aku rasa..then die paham...

Setelah berhempas-pulas membaiki kekurangan di Matrik Gopeng, Alhamdulillah aku dapat jejakkan kaki di bumi USM ni haa..result matrik pon xdelah gempak sangat..biase je..Jadi adik2 jangan putus asa dan jangan bangga sangat dengan keputusan SPM korang tu...
Kalau korang nak tau, subjek yang aku dapat C+ tu lah kursus yang aku tengah ambik kt USM ni..
macam xpercaya kan? Dulu aku suka sangat Maths sampai pernah bercita-cita nak jadi akauntan ngan mathematician..tapi bile masuk matrik, aku mula nampak minat sebenar aku.. cuma sekarang aku masih xtau nak ambik major dalam bidang microbes, botany atau zoology...kita tgk dulu result sem ni macam mane dulu ye..aku suke semua tu..tapi yang paling aku minat botani...nantilah buat istikharah dulu...

Meh..baca baik2, ini kisah benar..(macam cite hantu pulak) dulu orang bagitau tapi sekarang dah boleh nampak depan mata sendiri..

1. Ada yang cemerlang SPM, masuk universiti belajar sungguh-sungguh = BERJAYA
2. Ada yang cemerlang SPM, masuk universiti, rasa dah pandai, xperlu belajar = BIASA-BIASA
3. Ada yang xcemerlang SPM, dapat kesedaran..dapat masuk IPTA/S, belajar sungguh-sungguh = BERJAYA
4. Ada yang xcemerlang SPM, tiada kesedaran, xbuat apa2.. = TAK KE MANA

Nak jadi yang mana satu? Kita yang perlu berusaha mendapatkan apa yang kita mahu..bukan hanya menunggu ada tangan yang menghulur baru kita hendak menerima...Ayuh! Bangun! Mulakan fasa hidup yang baru dengan semangat yang kental! Kita yang tentukan nak berjaya, biasa-biasa atau masih di tahap yang sama..lepas buat semua tu..DOA okey....

Dan kepada adik2 calon SPM tahun ni...jangan terlebih yakin ya...ada jugak yang selalu dapat straight A's, bila SPM..biasa-biasa je...biasa-biasa je...jangan terlebih, jangan terkurang...
~~yang sedang2 sajaaaaaa...~~

~pesanan buat adik2 dan diri sendiri juga.. =)

2022 first post 😂

 After two years and suddenly I feel like writing. 😂 This endemic phase is still on going. With influenza like illness and covid-19 cases s...