Saturday, May 18, 2013

Manisnya Kahwin Muda

Assalamualaikum...

Eh, bukan aku nak kawen ye..jgn salah faham dengan tajuk kat ateh tu...ni teman nak cite sikit la ilmu yang teman dapat daripada Ceramah Manisnya Kahwin Muda bersama Ustaz Ahmad Dusuki dan saudara Hilal Asyraf anjuran Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) USM malam semalam...sebenarnya lebih kepada forum..moderatornya sangat bersemangat dengan loghat utaghanya yang pekat!



Majlis dimulakan dengan maksud sebenar sebuah perkahwinan yang diterangkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki..korang tau maksud sebenar sebuah perkahwinan? meh teman kongsi sikit.. Perkahwinan bukan hanya untuk kenikmatan dunia semata-mata, tetapi apabila berkahwin, tanggungjawab kita adalah untuk membina generasi ke syurga Allah. =) bila aku dengar ustaz cakap macam tu, terus rasa seram nak kawen..huhu..berat tau tanggungjawab lepas kahwin ni..jadi kita mesti ade persediaan dari segi tanggungjawab, spiritual dan material.

Tiga sifat wanita yang terbaik untuk dijadikan isteri:

1. Mudah dalam urusan perkahwinannya.
2. Murah mas kahwinnya (jangan murah sangat dan jangan hina sangat..)
3. Nak pada zuriat yang ramai.
    Sebab lagi banyak anak, lagi banyak rezeki! ;D

Satu benda yang aku baru faham betul2 adalah tentang persoalan mas kahwin dan wang hantaran. Masyarakat Melayu di Malaysia kebanyakannya membezakan antara mas kahwin dan wang hantaran. Ustaz cakap hanya di negeri Kelantan sahaja yang mas kahwin dan wang hantaran dianggap benda yang sama. Sebenarnya dalam Islam, mas kahwin dan wang hantaran adalah benda yang sama. Mas kahwin wajib hukumnya diberikan kepada pengantin perempuan.


Aku tak berapa ingat sangat susunan kata2 ustaz semalam, tapi lebih kurang macam ni la bunyinyer...

Sepatutnya sebelum pasangan itu bernikah, si wali kena cakap macam ni kat pengantin lelaki.."Selepas aku nikahkan anakku dengan kamu, semua dosa2nya akan ditanggung oleh kamu. dan pastikan anak aku serta keluarga kamu nanti masuk ke syurga Allah..dan sekiranya tidak, akan kami sekeluarga tuntut di Mahsyar nanti." Mau terkencing pengantin lelaki kalau buat gitu kate ustaz...haha..Aku yang dengar ni pun rasa gerun tau!

Kepada ibu bapa di luar sana, janganlah terlalu memilih menantu..dan jangan pula takut untuk membenarkan anak anda berkahwin pada usia muda sekiranya dia telah benar2 bersedia. Tapi kalau top-up pun mintak kat mak lagi, xpayahla berangan nak kawen yer...Setelah mendengar kisah persediaan saudara Hilal Asyraf yang membuat paperwork sebelum berkahwin buat aku tersedar betapa kita perlu betul2 bersedia sebelum berkahwin. nak kahwin pon buat paperwork?? o.O yela...ingat kawen ni benda kecik?? sape nak tau kisah yang lebih lanjut pi cari buku 'Sebelum Aku Bernikah' dan bace yer..aku pon xsempat bace lagi..hehe..memang aku salute dengan saudara Hilal nikh! harap2 nanti dapat suami yang bersedia macam die jugak! amin...eh? gatal sekejap.. ;p


Kepada pemuda pemudi mahupun petua petui..hahaha..sape2 yang ingin berkahwin tu..ce baca ni sat...


~Janganlah berkahwin atas dasar kecantikan, kerana sesungguhnya kecantikan itu akan pudar mahupun setelah berbotol-botol pil vitamin C ditelan..


Tetapi kahwinlah atas dasar agama insyaAllah tenang hiduppnya kerana Rasulullah turut mendoakan keberkatan rumah tangga tersebut dalam doanya kepada Allah..ingat lagu Baraka Allahhu Lakuma yang Maher Zain nyanyi tu?? tu lah doanya kata Ustaz Ahmad Dusuki. Di akhir program ustaz ada cakap dia mungkin akan menulis buku seperti saudara Hilal Asyraf..Tajuknya, Wahai Pemuda Kahwinlah, Wahai Pemudi Terimalah, Wahai Ibu Bapa Redhalah...tapi mungkin 10 tahun lagi baru siap katanya..awak semua mungkin dah kahwin pon mase tu..hahaha..akan ku tunggu buku itu... =) ada maksud yang dalam pada tajuk itu ye...*kalo kome perasan ler...Ustaz kata semalam kan..tanggungjawab seorang ibu itu menidurkan anaknya, tanggungjawab ayah mengejutkan anaknya daripada tidur..sebab kalau mak selawat je anak terus tidur, dan kalau si ayah kejut anak, mau terduduk terus anak yang sedang tidur itu! hehe..

Buat yang tidak tahu, hukum meminang tunangan orang lain adalah haram dan ia adalah DOSA BESAR!! Jangan kita risau siapa jodoh kita kerana kita telah ditemukan dengan jodoh kita 2000 tahun dahulu di alam roh. Sebab itu couple lah banyak kali pon kalau bukan jodoh kita, tak kahwin juga. Lebih baik kita siapkan diri untuk jadi yang terbaik buat yang halal. =))

Couple itu DOSA, Tunang itu PAHALA. Tunang putus..tunang putus xpe..tak perlu mandi bunga kerana itu syirik..Tetapi jangan kahwin dan bercerai, itu Allah murka...Nauzubillah min zalik.. moga dijauhkan...cinta yang sebenar adalah cinta yang menuju ke syurga Allah..bukan dengan melakukan maksiat yang hanya akan membuat kita tercampak ke neraka-Nya...Hidup di dunia ini Allah sediakan semuanya..tapi untuk hidup di akhirat nanti, kita kena sediakan sendiri..So, dah sedia nak kahwin muda??? kalau tanya aku, mungkin tak kot..tapi kalau jodoh dah sampai, aku terima je..hehehe.. ;)

~sekadar perkongsian ilmu untuk manfaat kita bersama..maaf salah silap..moga Allah redha...Amin... =)

~~~tatatititutu...~~~


No comments:

Post a Comment

2022 first post 😂

 After two years and suddenly I feel like writing. 😂 This endemic phase is still on going. With influenza like illness and covid-19 cases s...