Assalamualaikum..
Lama tak mai singgah blog
ni aih..hihi..Asal nak singgah sibuk memanjang..
Yang pelik tu bila study week je rasa nak singgah sini. Boleh tengok
post sebelum-sebelum ni. :D Sekarang ni tengah
bergelut antara nak siapkan proposal untuk Final Year Project (FYP),
siapkan herbarium, dan...yang
penting dan genting sekali pada saat dan tika ini adalah..ulangkaji subjek-subjek untuk peperiksaan
Semester I 2014/2015 hujung bulan ni. Nasib baik sem ni 3 paper je. Plant Genetics, Economic Botany dan Psikologi Kesihatan. Ketiga-tiga
kertas ni jarak dia selang seminggu. Makanya setiap minggu, lepas periksa terus
balik Ipoh tercinta! Hehe..Takdelah..kena tengok dulu macam mana. Kot Dr. Rahmad
kesayangan kami nak jumpa ke tidak. Oh ye, Dr. Rahmad tu penyelia aku, Nad dan
Al untuk projek tahun akhir. Siapakah Al dan Nad? Nad tu teman sebilik aku, Al
pulak rakan seperjuangan kami. Nama penuh Al, Allister..Kenapa panggil Al?
Mungkin sebab senang sikit nak sebut..hihi..ada yang panggil Allis..Kami
bertiga dibawah penyelia yang sama.
Tajuk FYP aku berkaitan
dengan liana. Tajuk penuh 'Comparison of
Liana Diversity in Kenderong Reserved Forest, Kedah and Bukit Panchor State
Park, Pulau Pinang. Apakah
yang dimaksudkan dengan liana? Daripada pembacaan aku, liana ialah tumbuhan
memanjat berkayu atau orang kampung teman panggil woody climber. Suka menumpang
pokok yang lebih besar dan tinggi untuk mendapatkan sumber cahaya. Selalu
terdapat di kawasan yang sudah dibalak kerana tugasnya adalah untuk menutup
semula kanopi hutan yang terbuka akibat pembalakan. Tajuk aku ebih kurang
sama macam tajuk Al, tapi kajian dia lebih kepada climbing behavior.Kajian aku
lebih kepada kepelbagaian dan taburan liana di kedua-dua tempat kajian. Nad pulak buat kajian tentang dedalu..Bila
sel-sel otak tak dapat berhubung dengan baik, berhenti kejap daripada buat
proposal..Daripada mula Dr. R suruh buat sampai harini Literature Review baru dua mukasurat. Ha Ha Ha.. ;P Jurnal dengan buku
dah jenuh baca. Idea tak datang untuk menyambung ayat-ayatku..hihi.. Alasan
sebenarnya..Tambahan pula laptop buat hal tak boleh connect dengan Google
(sumber utama untuk buat apa-apa) nak rujuk jurnal apa semua. Yang pelik tu
bila bukak page Literature Review, otak jadi beku, tangan jadi kaku, mata jadi
lesu. Buat kerja lain elok je segar-bugar.
![]() |
Liana-liana yang bergayutan pada satu pohon |
Jadi apa isi entri kali ni? Takde..nak cakap je, esok bermulalah minggu belajar kami pelajar-pelajar USM di Kampus Induk. Buat pertama kalinya aku tak balik bila study week menjelma. Dengan harapan nak jadi pelajar terbaik sem ni..hihi..Kome semua doakanlah
proposal aku dapat disiapkan secepat mungkin, projek tahun akhir aku ni
berjalan dengan lancar serta dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan semester
ini. Amin..
No comments:
Post a Comment