Wednesday, April 23, 2014

Bertenang..semua masalah ada penyelesaian ;)

Assalamualaikum..

Hari ini macam hari-hari Selasa yang lepas. Bermula kelas TITAS jam 8.15 pagi, bersambung pulak dengan Amali Fisiologi Tumbuhan jam 10.00 pagi. Jadi kenapa perlu bertenang? Begini kisahnya.. 

Amali minggu ini terbahagi kepada dua bahagian. 
1. Buat 'dilution' bagi Asid Giberalik sebanyak empat kali (10.0ppm, 1.0ppm, 0.1ppm, 0.01ppm). Kemudian masukkan ke dalam 'tube' yang mengandungi anak benih padi varieti MR220.
2. Asingkan setiap bahagian anak pokok bendi kami yang berusia lebih kurang 9 minggu (akar, batang, daun) dan timbang berat setiap bahagian pokok tersebut.

Faham tak? Buat-buat faham jela kalau sesiapa tak faham tu..hehe..okay..Ahli kumpulan kami ada enam orang semuanya. Jadi, untuk mempercepatkan tugasan kami bahagikan ahli kumpulan kami kepada dua kumpulan. Izzul, Anifa dan Liyana buat nombor 1, aku, Aimie dan Poshna buat nombor 2. Buat persediaan 'dilution' agak mencabar jiwa, mental dan perasaan. Terlebih masukkan air suling, terus kena buang, dan buat larutan lagi sekali. Siap sahaja semua 'solution', aku dan Aimie masukkan 10ml larutan yang berbeza kepekatan ke dalam setiap 12 'tube' yang mengandungi anak benih padi tersebut. 

Lega..siap jugak masukkan semua benih padi dalam larutan yang pelbagai kepekatan tadi. Siap semua aku pun susunlah semua 'tube' tadi mengikut urutan nombor yang telah dilabel. Masa tengah susun-susun tu, tiba-tiba Prangggg!! tang! tang! "Bunyi apa tu??" Kufokuskan penglihatanku ke arah meja makmal kumpulan kami. Alamak! Tangan aku tertepis 'tube' masa nak susun ikut urutan. Tiga buah 'tube' yang dah siap dengan larutan tu elok terbaring di atas meja dan larutan Asid Giberalik membasahi meja. Nasib baik 10ml je setiap 'tube' tu..kalau tak mau banjir makmal. haha..Semua ahli kumpulan aku yang lain memberi reaksi, "Haaa...macam mana ni?? tumpaaahhh". Waktu tu entah mengapa dengan tenang aku menjawab "Takpe, banyak lagi 'solution' lebih.." sambil tangan ligat mengangkat 'tube' yang terbaring di atas meja. *sebenarnya nak tutup 'ke-nervous-an'..hehe..Mereka yang lain berkata "Weh, rileksnya dia ni jawab, comel laa...". Kedengaran suara lain "ini nama dia positif, yan ni positif! tak kalut pon..bagus..bagus..". Allah jela yang tahu hati aku waktu tu macam mana.. ^.^V

Ku perhatikan 'tube' yang hampir kering larutannya dek tumpahan tadi untuk ditambah semula larutannya. Sekali kuterpandang label yang terdapat pada dua daripada tiga buah 'tube' yang kosong tadi tertulis 'unknown'. Alamak! Macam mana ni?? Larutan 'unknown' ni pembantu makmal yang sediakan sebelum kelas amali! Otak ligat berfikir cara nak selamatkan keadaan. Sambil berfikir kakiku bergerak laju ke arah pembantu makmal di belakang makmal. "Kak, ada 'unknown solution' lebih tak? Kumpulan kami punya tertumpah laa..." pintaku sambil hati berdoa yang larutan itu masih ada baki simpanannya. "Owh..kalau tertumpah memang habis laa..sat, nak pi tengok ada lagi tak.." katanya. Alhamdulillah...Allah itu Maha Mendengar doa hamba-Nya. Elok-elok je ade dua botol lebihan larutan yang mereka sediakan. Dengan hati yang girang dan penuh rasa syukur aku menghampiri meja kumpulanku untuk menyelesaikan amali selepas mengucapkan terima kasih. Kalaulah larutan tu habis, tak tahu macam mana aku nak jawab dengan Dr. Farah..hehe.. ;) Sampai di meja, ahli kumpulan aku yang lain senyum je tengok ada 2 buah botol kecik di tanganku..hehe.. 


Tube yang mengandungi anak benih padi

Jadi nampak kelebihan bertenang di situ? Cuba bayangkan kalau aku tak bertenang tadi. Kemungkinan besar aku terlanggar 'tube' lain dan larutan-larutan dalam 'tube' lain juga akan tumpah. Akibatnya, semua proses yang telah dilaksanakan dengan susah payah tadi perlu diulangi semula. Oleh itu, bertenanglah.. Jangan gelabah apabila berhadapan dengan masalah atau musibah yang menimpa kita. Sentiasalah berlapang dada dengan apa yang berlaku. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sebagai contoh, peristiwa hari ini mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam segala perbuatan. ;) Sekian untuk hari ini.

#self remider
#ambil yang perlu
#maaf salah silap

No comments:

Post a Comment

2022 first post 😂

 After two years and suddenly I feel like writing. 😂 This endemic phase is still on going. With influenza like illness and covid-19 cases s...