Tuesday, February 28, 2012

Panaaaasssssssss

Assalamualaikum...
Nak dijadikan cerita, sedang tekun warga B2T11b menyalin arahan dr lecturer ke dalam bentuk coding, tiba-tiba makmal komputer 3 menjadi gelap gelita. Miss Zaharah pun..."ah!!! saya x save lg...awak semua save x?". "save...." jwb kami. "Nasib baik. Saya xsempat nak save, saya dah taip banyak td..". huhu..

Sedang ada yang berduka cita mahupun bergembira dengan keadaan tersebut, makmal tersebut 'menyala' kembali. Namun tidak sampai beberapa minit kemudian makmal menjadi gelita semula. Dan pensyarah kami pun menamatkan kelas dengan syarat kami tidak kembali ke kolej kediaman. Tapi, jam baru menunjukkan jam 8.30 pagi. Nak pegi mana ye? ada lagi 1 jam 30 minit untuk waktu Kumpulan Mentor Mentee (KMM). Pelajar lelaki memilih untuk ke kafeteria. TaPi kitorg ke perpustakaan untuk menambahbaikkan slideshow agama. Lepas tu g cubicle agama ntuk tunjuk pada ustazah. semasa sibuk berbincang itu ini, cubicle pula menjadi mangsa 'gelap'. huhu..Lepas tu perut kami berkeroncong mintak diisi. Langkah kaki dihayun menuju ke cafe. Namun setiba di cafe, buku tutor maths memanggil2 daku untuk disiapkan.

Selepas agak lemas dengan keadaan kafe yang agak sibuk, kami turut ingin menambahkan keriuhan keadaan dengan turur membeli makanan. Baru sahaja ingin bergerak membeli juadah untuk sarapan merangkap makan tengah hari satu panggilan masuk. "weyh, ko kat mane? dtg cubic bio skrg, ada meeting ttg lawatan ke cameron". tp aku mmg dari awal menolak dari menyertai lawatan tersebut. Maka mereka yang lain bergeraklah ke tempat tersebut. Tinggal daku seorg diri di situ. Muncul Aiizat dengan niat ingin mengajak aku makan bersama temannya namun aku menolak kerana telah berjanji untuk makan bersama mereka yang lain sebentar lagi.

Lepas habis makan, kitorg meneruskan pembelajaran tutorial sains komputer pulak. Kelas ni dalam makmal jugak tapi tidak memerlukan khidmat komputer, jadi kelas diteruskan namun ditamatkan sedikit awal kerana keadaan yang panas. Seterusnya kelas tutorial matematik, waktu ni memang best. Kitorg (pelajar b2t11b dan lecturer) mengadakan open class di tepi tangga bangunan akademik kerana di situ anginnya lebih kuat. Waktu kelas tamat kami diminta untuk mengemas semula kerusi dan papan putih masuk ke dalam kelas. Tiba2 aku ternampak sesuatu berwarna oren melayang dari tangan Mira.
Aida n Mira



boleh nmpk UFO dari sini...

lecture bio...tp just buat pengumuman je..



Dengan muka yang pucat die ckp kt aku, "PHONE!!!!!". Kitorg sume mcm...ha???? tapi yang ajaibnya xrosak ape pon...just cover die yang calar...Samsung Galaxy Ace tu... kalau aku ler, da nanges kot...hahahaha...

Petangnya pulak waktu kuliah kitorg belajar dalam gelap jgk. Kuliah biology ditangguhkan. waktu kuliah matematik pulak Miss Intan ajar dengan menyuruh kami menutup mata. Kitorg belajar mengimaginasikan apa yang beliau ceritakan. best tau...haha..seb baek kolej kediaman kitorg x blackout. Dan harap2 keadaan menjadi seperti sediakala esok...PSPM dah dekat wehhhhhh!! janganle kome seronok benor bile api xde..kite jugak yang merana nanti nk kejor sume chapter...klah...solat maghrib jap...

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

2022 first post 😂

 After two years and suddenly I feel like writing. 😂 This endemic phase is still on going. With influenza like illness and covid-19 cases s...