Monday, May 27, 2013

Selamat Datang ke KMPk!! ;D

Assalamualaikum! 

hehe..eksaited terlebih sket arini sebab dah hantar esaimen c++ td..ngeh3.. ;D hah! harinikan hari pertama bagi batch 2013/2014 ke program matrikulasi..Di sini saya ingin mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT DATANG ke kolej matrikulasi kepada semua adik2 terutamanya yang dapat KMPk..sentiasa di hati tau!! sape dapat KMPk angkat tangan!!  haha..ape yang best KMPk ni?? ade UFO tau! nak tau lebih lanjut baca kt sini -->KMPk
SELAMAT DATANG . . . . . ;)

Mula-mula masuk mesti adik2 rasa susah nak sesuaikan diri terutamanya kepada mereka yang selalu dok celah ketiak mak tu..nak pergi tandas malam2 takut, nak ajak teman..sogan! tapi, percayalah lama2 ok punyer..nak balik? no problem..tiap2 minggu boleh balik kalau xde aktiviti..tapi kalo dah teghok sangat nak balik tu, balik jela..yang penting ade surat! eh, ape ni baru masuk dah nak balik?? sori2..jumaat ni teman boleh balik! tu  yang semangat terlebih tu.. ;p jangan mare haaaa...

Adik2 sekalian, jangan takut untuk mencabar diri kalian bagi meneruskan kehidupan di matrik. Sebab..ha, nak tau sebab ape? contohnya sayalah kan...seorang budak sekolah harian, bukan lepasan SBP mahupun MRSM boleh je hidup kat situ..bila dah ade kat matrik ni orang xde sebok pon nak tanye.."SPM ko bape weyh??" xdenye..Matrik ni bagi akak la kan..*terasa tua pulak..kat sini kita semua bermula dari aras sifar..dari bawah! yang membezakan kita cuma usaha untuk berubah atau mengekalkan kecemerlangan kita masa SPM dulu..tapi yang penting sekali kena pandai pilih kawan la...cari kawan yang adik2 rasa boleh bawak adik2 ke jalan yang benar..ecewah! yela..bukan jangan kawan dengan budak2 hat yang xberapa nak baik ni..kawan jugak..cuma jangan ikut perangai deme la.. *kawan yang xbaik tu contohnya yang kejenye dok ajak kome ponteng kelaih (kelas) je..haa..yang pesyen gini jangan ikut! kawanla dengan orang yang rajin kakinya melangkah ke perpustakaan untuk belajar dan ke kubikel untuk berjumpa dengan pensyarah.. ;) 

Kalau dah masuk matrik ni, xyah la gatal2 nak keluar pulak..jangan takut "nanti kalo xskor mcm mane nk masuk U??" asyik rasa rendah diri je..serius mula2 akak pon rasa macam tu..penah sekali bagi soalan maths yang akak xdapat jawab kat sorang mamat ni! jenuh dah pikir cemane nak jawab, sekali die amek ketas..fuiyooo! macam xpenah jumpe kertas die jawab soalan tu..tup tup dah siap! "nah amek!" xsempat nak tengok jalan kerja die..hahaha..so, kalau xtau tu pi la jumpe pensyarah2 ataupun kawan2 yang adik2 rasa dapat membantu pembelajaran adik2 dan boleh difahami ape yang diajar tu ye..dan mamat tu dapat 4.00 sem 1..sem 2 xtau..xjumpe die dah..Dik, dengar sini..kalo xbelajar memang xboleh la nak skor! keje dok berdating tapi harapkan dapat 4.00! memang flat la..tapi kalo dah agak2 result kome mase sem 1 tu ok, janganlah rasa dah cukup dah..sem 2 ade lagi..jangan jadi macam saya! T.T nasib baik USM sudi terima saya!! tsk3..hahaha..pengajaran tu...terima kasih USM! ;)

dah2..bukan nak downkan kome..ni nak bagi semangat ni! duduk matrik ni best terutama sekali KMPk! malam2 kome pegi la amek angin kat tepi anjung tu..tengok bulan bintang.. serius best! kitorg dulu selalu duduk sini buat confession ape xpuas hati sambil nanges2! hahahha..so that lepastu xde ganggu study dah.. ;)
Pagi2 pegi joging pusing KMPk tu..berkabus woooo..sejuk je...tapi rasenyer sekarang dah ade had kawasan bagi pelajar lelaki dan perempuan kot..pelajar perempuan xboleh lalu kat kawasan bukit tepi asrama Seri Iskandar dengan Seri Ipoh tu..boleh jalan sampai taman permainan kanak2 sebelah rumah pengarah tu je...had kawasan lelaki xingat..sori yerk...
sini xleh lalu dah kot??

Pesanan terakhir!
Belajar baik2..jangan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara! bila stress belajar tu, jangan la terpikir nak terjun dari UFO ke ape ke..pergilah mengadu pada Allah..Allah Maha Mendengar..lepastu, kalo ade prepaid lebih, call la mak abah kat kampung..(selalu buat! hahahaha) xpon kawan2 rapat ke..(selalu jugak..) luahkan perasaan anda..jangan pendam dalam hati sebab nanti susah nak fokus belajar..xpon pi cari satu buku, contengla ape2 yang korang rasa kalo dah malu sangat nak cite kat orang lain.. ;) (penah buat jugak!)



Ok guys! ingat pesanan akak yang baik ni tau! ;p Selamat Maju Jaya..sorila asyik cite pasal KMPk je..sebab saya ni KMPk-ans..hahaha..ade ke istilah tu?? matrik lain saya kurang arif, matrik penang pon macam best jugak..penah pegi tapi berkurun dahulu la...hehe..orait...di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada semua rakan2 seperjuangan terutama sekali Emira anak pak cik Zubir, Syazana anak pak cik Aminuddin, Hasibah anak Halim..eh, tak2..anak pak cik Halim.. ;p Syazwani anak pak cik Suhaimi dan Sufyah anak pak cik Muhammad kerana sudi berada di samping saya xkira suka dan duka sepanjang program matrikulasi yang lalu...Tanpa kalian mesti daku tidak kuat berada di sana..ade korang pon tiap2 minggu aku balik..hahaha..jap2..mesti korang pon xleh teruskan hidup kat sana kalo teman xde kan? sebab kejenye asyik terkunci je kat luar bilik kalo teman balik umah..hehe.. ;D maaf andai diri ini terkasar budi, bicara mahupun apa2 yang tidak disedari..sesungguhnya yang baik itu daripada Allah.. ;)


rindu nak pot pet ramai2 kat bilik ni... T.T
~~tatatititutu...~~

Saturday, May 18, 2013

Manisnya Kahwin Muda

Assalamualaikum...

Eh, bukan aku nak kawen ye..jgn salah faham dengan tajuk kat ateh tu...ni teman nak cite sikit la ilmu yang teman dapat daripada Ceramah Manisnya Kahwin Muda bersama Ustaz Ahmad Dusuki dan saudara Hilal Asyraf anjuran Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) USM malam semalam...sebenarnya lebih kepada forum..moderatornya sangat bersemangat dengan loghat utaghanya yang pekat!



Majlis dimulakan dengan maksud sebenar sebuah perkahwinan yang diterangkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki..korang tau maksud sebenar sebuah perkahwinan? meh teman kongsi sikit.. Perkahwinan bukan hanya untuk kenikmatan dunia semata-mata, tetapi apabila berkahwin, tanggungjawab kita adalah untuk membina generasi ke syurga Allah. =) bila aku dengar ustaz cakap macam tu, terus rasa seram nak kawen..huhu..berat tau tanggungjawab lepas kahwin ni..jadi kita mesti ade persediaan dari segi tanggungjawab, spiritual dan material.

Tiga sifat wanita yang terbaik untuk dijadikan isteri:

1. Mudah dalam urusan perkahwinannya.
2. Murah mas kahwinnya (jangan murah sangat dan jangan hina sangat..)
3. Nak pada zuriat yang ramai.
    Sebab lagi banyak anak, lagi banyak rezeki! ;D

Satu benda yang aku baru faham betul2 adalah tentang persoalan mas kahwin dan wang hantaran. Masyarakat Melayu di Malaysia kebanyakannya membezakan antara mas kahwin dan wang hantaran. Ustaz cakap hanya di negeri Kelantan sahaja yang mas kahwin dan wang hantaran dianggap benda yang sama. Sebenarnya dalam Islam, mas kahwin dan wang hantaran adalah benda yang sama. Mas kahwin wajib hukumnya diberikan kepada pengantin perempuan.


Aku tak berapa ingat sangat susunan kata2 ustaz semalam, tapi lebih kurang macam ni la bunyinyer...

Sepatutnya sebelum pasangan itu bernikah, si wali kena cakap macam ni kat pengantin lelaki.."Selepas aku nikahkan anakku dengan kamu, semua dosa2nya akan ditanggung oleh kamu. dan pastikan anak aku serta keluarga kamu nanti masuk ke syurga Allah..dan sekiranya tidak, akan kami sekeluarga tuntut di Mahsyar nanti." Mau terkencing pengantin lelaki kalau buat gitu kate ustaz...haha..Aku yang dengar ni pun rasa gerun tau!

Kepada ibu bapa di luar sana, janganlah terlalu memilih menantu..dan jangan pula takut untuk membenarkan anak anda berkahwin pada usia muda sekiranya dia telah benar2 bersedia. Tapi kalau top-up pun mintak kat mak lagi, xpayahla berangan nak kawen yer...Setelah mendengar kisah persediaan saudara Hilal Asyraf yang membuat paperwork sebelum berkahwin buat aku tersedar betapa kita perlu betul2 bersedia sebelum berkahwin. nak kahwin pon buat paperwork?? o.O yela...ingat kawen ni benda kecik?? sape nak tau kisah yang lebih lanjut pi cari buku 'Sebelum Aku Bernikah' dan bace yer..aku pon xsempat bace lagi..hehe..memang aku salute dengan saudara Hilal nikh! harap2 nanti dapat suami yang bersedia macam die jugak! amin...eh? gatal sekejap.. ;p


Kepada pemuda pemudi mahupun petua petui..hahaha..sape2 yang ingin berkahwin tu..ce baca ni sat...


~Janganlah berkahwin atas dasar kecantikan, kerana sesungguhnya kecantikan itu akan pudar mahupun setelah berbotol-botol pil vitamin C ditelan..


Tetapi kahwinlah atas dasar agama insyaAllah tenang hiduppnya kerana Rasulullah turut mendoakan keberkatan rumah tangga tersebut dalam doanya kepada Allah..ingat lagu Baraka Allahhu Lakuma yang Maher Zain nyanyi tu?? tu lah doanya kata Ustaz Ahmad Dusuki. Di akhir program ustaz ada cakap dia mungkin akan menulis buku seperti saudara Hilal Asyraf..Tajuknya, Wahai Pemuda Kahwinlah, Wahai Pemudi Terimalah, Wahai Ibu Bapa Redhalah...tapi mungkin 10 tahun lagi baru siap katanya..awak semua mungkin dah kahwin pon mase tu..hahaha..akan ku tunggu buku itu... =) ada maksud yang dalam pada tajuk itu ye...*kalo kome perasan ler...Ustaz kata semalam kan..tanggungjawab seorang ibu itu menidurkan anaknya, tanggungjawab ayah mengejutkan anaknya daripada tidur..sebab kalau mak selawat je anak terus tidur, dan kalau si ayah kejut anak, mau terduduk terus anak yang sedang tidur itu! hehe..

Buat yang tidak tahu, hukum meminang tunangan orang lain adalah haram dan ia adalah DOSA BESAR!! Jangan kita risau siapa jodoh kita kerana kita telah ditemukan dengan jodoh kita 2000 tahun dahulu di alam roh. Sebab itu couple lah banyak kali pon kalau bukan jodoh kita, tak kahwin juga. Lebih baik kita siapkan diri untuk jadi yang terbaik buat yang halal. =))

Couple itu DOSA, Tunang itu PAHALA. Tunang putus..tunang putus xpe..tak perlu mandi bunga kerana itu syirik..Tetapi jangan kahwin dan bercerai, itu Allah murka...Nauzubillah min zalik.. moga dijauhkan...cinta yang sebenar adalah cinta yang menuju ke syurga Allah..bukan dengan melakukan maksiat yang hanya akan membuat kita tercampak ke neraka-Nya...Hidup di dunia ini Allah sediakan semuanya..tapi untuk hidup di akhirat nanti, kita kena sediakan sendiri..So, dah sedia nak kahwin muda??? kalau tanya aku, mungkin tak kot..tapi kalau jodoh dah sampai, aku terima je..hehehe.. ;)

~sekadar perkongsian ilmu untuk manfaat kita bersama..maaf salah silap..moga Allah redha...Amin... =)

~~~tatatititutu...~~~


2022 first post 😂

 After two years and suddenly I feel like writing. 😂 This endemic phase is still on going. With influenza like illness and covid-19 cases s...