Sunday, December 21, 2014

Minggu Belajar a.k.a 'Study Week'

Assalamualaikum..

Lama tak mai singgah blog ni aih..hihi..Asal nak singgah sibuk memanjang..
Yang pelik tu bila study week je rasa nak singgah sini. Boleh tengok post sebelum-sebelum ni. :D Sekarang ni tengah bergelut antara nak siapkan proposal untuk Final Year Project (FYP), siapkan herbarium, dan...yang penting dan genting sekali pada saat dan tika ini adalah..ulangkaji subjek-subjek untuk peperiksaan Semester I 2014/2015 hujung bulan ni. Nasib baik sem ni 3 paper je. Plant Genetics, Economic Botany dan Psikologi Kesihatan. Ketiga-tiga kertas ni jarak dia selang seminggu. Makanya setiap minggu, lepas periksa terus balik Ipoh tercinta! Hehe..Takdelah..kena tengok dulu macam mana. Kot Dr. Rahmad kesayangan kami nak jumpa ke tidak. Oh ye, Dr. Rahmad tu penyelia aku, Nad dan Al untuk projek tahun akhir. Siapakah Al dan Nad? Nad tu teman sebilik aku, Al pulak rakan seperjuangan kami. Nama penuh Al, Allister..Kenapa panggil Al? Mungkin sebab senang sikit nak sebut..hihi..ada yang panggil Allis..Kami bertiga dibawah penyelia yang sama.

Tajuk FYP aku berkaitan dengan liana. Tajuk penuh 'Comparison of Liana Diversity in Kenderong Reserved Forest, Kedah and Bukit Panchor State Park, Pulau Pinang. Apakah yang dimaksudkan dengan liana? Daripada pembacaan aku, liana ialah tumbuhan memanjat berkayu atau orang kampung teman panggil woody climber. Suka menumpang pokok yang lebih besar dan tinggi untuk mendapatkan sumber cahaya. Selalu terdapat di kawasan yang sudah dibalak kerana tugasnya adalah untuk menutup semula kanopi hutan yang terbuka akibat pembalakan. Tajuk aku ebih kurang sama macam tajuk Al, tapi kajian dia lebih kepada climbing behavior.Kajian aku lebih kepada kepelbagaian dan taburan liana di kedua-dua tempat kajian. Nad pulak buat kajian tentang dedalu..Bila sel-sel otak tak dapat berhubung dengan baik, berhenti kejap daripada buat proposal..Daripada mula Dr. R suruh buat sampai harini Literature Review baru dua mukasurat. Ha Ha Ha.. ;P Jurnal dengan buku dah jenuh baca. Idea tak datang untuk menyambung ayat-ayatku..hihi.. Alasan sebenarnya..Tambahan pula laptop buat hal tak boleh connect dengan Google (sumber utama untuk buat apa-apa) nak rujuk jurnal apa semua. Yang pelik tu bila bukak page Literature Review, otak jadi beku, tangan jadi kaku, mata jadi lesu. Buat kerja lain elok je segar-bugar. 

Liana-liana yang bergayutan pada satu pohon




Jadi apa isi entri kali ni? Takde..nak cakap je, esok bermulalah minggu belajar kami pelajar-pelajar USM di Kampus Induk. Buat pertama kalinya aku tak balik bila study week menjelma. Dengan harapan nak jadi pelajar terbaik sem ni..hihi..Kome semua doakanlah proposal aku dapat disiapkan secepat mungkin, projek tahun akhir aku ni berjalan dengan lancar serta dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan semester ini. Amin.. 

2022 first post 😂

 After two years and suddenly I feel like writing. 😂 This endemic phase is still on going. With influenza like illness and covid-19 cases s...