Monday, February 20, 2017

Pelindung Sihir

Assalamualaikum..

Ustaz cakap nak lindung diri kita dari sihir mudah saja. Baca ayat2 berikut:

1. Lafaz taawwuz (a'uzubillah...rajim) baca sampai habis ayat.
2. Lafaz basmallah
3. Bismillahillazi... sampai habis.
4. Surah Al-Falaq
5. Surah An-Nas

Dengan syarat..faham maksud dan yakin Allah itu pelindung kita. Kalau rasa takut memang kita mudah terkena. Kalau terjumpa apa-apa ikatan, baca ayat2 di atas dengan yakin dan percaya dgn Kuasa Allah..hembus pada bungkusan/simpulan tersebut..buka & buang sahaja.

Ada satu ayat dr al-Quran yg ustaz kongsi..tak sempat salin  surah mana..sapa tau boleh share..maksudnya begini.. "Dan tidaklah mereka dapat (memberi) mudarat dengannya (sihir) dari seseorang kecuali dengan izin Allah."

Satu lagi dalil daripada surah An-Nisa' 4:117 "Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka." Ayat ini menunjukkan bahawa syaitan itu tiada daya dan hanya menyesatkan manusia dengan tipu daya.

Kalau difahami maksud ayat ke-3 surah Al-falaq;



"Dan dari kejahatan malam yang gelap apabila telah gelap (kelam)."

Kenapa kena berlindung dari kejahatan malam?
Kerana pada waktu malamlah:
-waktu permulaan alam jin.
(Sihir melibatkan manusia dengan jin)
-syaitan suka kegelapan
-sihir dibuat dan ramai terkena sihir pada waktu malam



Sebab tulah malam2 tak digalakkan keluar melainkan ada urusan penting seperti kelas atau kerja ☺☺ Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua 😊

#murniislearning
#murniissharing

Jadikan al-Quran Sebagai Teman Baik

Assalamualaikum..

Sebelum habis semalam tadabbur al-Quran tadi ustaz suruh baca petikan ayat dari surah Az-Zukhruf (43:36-37)


Ayat ini diturunkan untuk mengingatkan manusia tentang pentingnya berpegang kuat dengan al-Quran. Sesiapa yang tidak cuba mempelajari al-Quran malah meninggalkan al-Quran. Mereka akan sentiasa ditemani syaitan dan ini akan membuatkan mereka merasa diri mereka sudah mendapat petunjuk dan tidak perlu merujuk al-Quran lagi.
Perumpamaan yang ustaz buat tadi:
Sebagai contoh kita ialah anak yang tidak mendengar kata ibubapa lantas ibubapa kita sudah penat lalu berkata "ikutlah jejak langkah si A itu!" dan tidak pedulikan kita lagi.
Begitulah melalui ayat ini. Sedih tak kita kalau Allah tidak mempedulikan kita lagi dan menbiarkan kita bertemankan syaitan. ðŸ˜¢
Jom jadikan al-Quran sebagai teman baik kita. Sapa nak join kelas tadabbur nanti bagitau tarikh seterusnya eh..  Serius kelas ni sangat best sebab membuka minda kita serta lebih memahami ayat al-Quran dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Moga perkongsian ini bermanfaat. Amiin ðŸ˜Š

2022 first post 😂

 After two years and suddenly I feel like writing. 😂 This endemic phase is still on going. With influenza like illness and covid-19 cases s...